GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...WAHAI LELAKI LIHT LA WANITA BERJLN...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...WAHAI LELAKI LIHT LA WANITA BERJLN...   Fri Dec 03, 2010 5:01 pm

Mengenai cara berjalan , ianya ada kaitan juga dengan ' mood ' kita pada ketika itu. Kalau berjalan di tempat sunyi, mungkin langkah kita lebih cepat. Kalau berjalan bersama ' awek ' mungkin dada kita nampak besar sedikit dan perut kita nampak kempis sedikit. Si ' awek '
pula, mungkin goyangnya lebih sedikit. Bila kembali berjalan seorang,
di masa itulah mungkin kita akan dapat lihat cara berjalan mereka yang sebenar , itu pun kalau mereka ini tidak perasan bahawa mereka sedang diperhatikan !

Sebenarnya asyik melihat cara wanita berjalan kurang manis untuk dilakukan dan mungkin anda akan dicubit , apatah lagi jika anda lelaki yang sudah berumur dan sedang berjalan dengan isteri anda. Artikel ini menarik juga kerana ia mengupas rahsia personaliti wanita berdasarkan cara mereka berjalan .



--------------------------------------------------------------------------------

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti
tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon
wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya
laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti
ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya
pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja.
Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi
jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan
ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti
ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap
wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan
teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk
hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita
seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan
orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan
rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya.
Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan
kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati
wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat
kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan
mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini
biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak
menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah
dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar.
Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan
hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang
berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang
berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah
yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap
kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk
diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak
persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya
merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan
sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang
lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki
pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap
terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang
berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan
kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita
jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan
mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini
kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini
mudah mengalirkan air mata.

Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...WAHAI LELAKI LIHT LA WANITA BERJLN...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...BOYZ N GURLZ...-
Jump to: