MEE BANDUNG
BAHAN-BAHAN
1 peket mee kuning
3-4 sudu besar cili kering yang telah dikisar (tambah sukatan jika mahu pedas)
2 labu besar bawang besar } dikisar atau
4 ulas bawang putih } ditumbuk
1 genggam udang kering } direndam dengan air panas dan ditumbuk
Daging lembu } direbus dan pastikan airnya dilebihkan kemudian dihiris
Isi ayam
Udang hidup
Sawi
Tauhu } digoreng dan dipotong empat segi tepat
Telur ayam
Minyak masak
Garam
Gula
Serbuk perasa
CARA-CARA
Panaskan minyak tumiskan cili kering, bawang besar, bawang putih dan udang kering hingga garing dan naik bau. Masukkan air rebusan daging (ikut suka). Biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan hirisan daging, isi ayam dan udang hidup. Biarkan mendidih sekali lagi dan masukkan garam, gula (lebih sedikit) dan serbuk perasa jika suka. Kemudian masukkan sawi dan pecahkan telur (ikut suka). Apabila telur hampir masak masukkan mee kuning yang telah dibersihkan tadi. Biarkan mendidih sebentar dan sebelum diangkat masukkan hirisan tauhu.