Segala resepi yg kak nana contribute kat sini boleh dikatakan diambil dari internet.. maaf yer ada tu dah lama sangat... n dah lupa ambik kat mana.. walau bagaimanapun... kepada penyumbang utama resepi2 tersebut terima kasih banyak atas kesudian anda untuk berkongsi resepi tersebut.. maaf sekiranya tiada dinyatakan siapa penyumbang resepi tersebut.. atas keprihatinan org2 seperti anda lah... maka ramai orang telah dapat ilmu yang tak ternilai ini..
Kek Butter Susan
bahan :
3 cawan tepung kek (tepung gandum biasa pun boleh)}
1 sudu teh baking powder } ayakkan bersama
1/2 sudu teh bikarbonat soda }
1 sudu teh garam (boleh omit) }
1 cawan mentega (lembutkan)
1 1/2 cawan gula putih
1/2 cawan gula perang
4 biji telur (kak nana guna AA size)
2 sudu teh esen vanila
1 cawan sour cream (yg ni kak nana guna yogurt marigold perisa strawberry ~ 2 bekas tu = 1 cawan)
cara:
1) panaskan oven 165 C n sediakan loyang..
2) pukul mentega + gula + gula perang n pukul sampai kembang..
3) masukkan telur 1-1 then pukul lagi sampai kembang
4) masukkan esen vanila.. sour cream.. then tepung..
5) bakar selama 75 minit atau sehingga masak (yg ni depends on your oven ek)..
kak nana buat ni letak kat muffin cup boleh dapat 42 ketul.. memang sedapp... terasa yogurt nya n terbau harum strawberry nyer...