merenung bulan di malam hari ,
sambil duduk bersimpuh di tepi jendela
pada siapa hendak ku serahkan hati,
sudah lah luka, cedera parah pula.
mari memetik buahnya duku,
untuk di simpan di dalam peti,
serahkan saja pada diriku,
pasti ku rawat luka di hati.
luka jari kerana akar
hendak dibalut kain tiada
tuan bendahara memang pakar
merawat segala luka yang ada...
pergi hutan mencari akar,
sambil memetik pucuk paku,
luka lain tiada ku pakar,
luka dihati memang bidangku.
badan berpeluh makan kari
kari dimakan diwaktu pagi
janganlah bendahara merendah diri
kepakaranmu tiada tandingan lagi