GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...6 CARA JAGE TYAR KERETA...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...6 CARA JAGE TYAR KERETA...   Thu Dec 02, 2010 8:22 pm

TAYAR komponen paling
utama dan terpenting bagi sesebuah kenderaan. Jika rosak, ia boleh
menyebabkan kemalangan, sekali gus mengancam nyawa pemandu dan
penumpang tanpa diduga.

Cuba periksa tayar kereta anda.
Perhatikan di antara satu bunga tayar dengan satu bunga tayar lain
terdapat satu penyambung. Jika penyambung itu mempunyai ketinggian yang
sama dengan bunga, ini bermakna ia perlu ditukar dalam tempoh tiga
hingga empat bulan, bergantung kepada sekerap mana anda menggunakan
kenderaan.


Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih
saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika
Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz
rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan
kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua
peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.


KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai,Prhatikan di bahagian tepi
tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke
permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita
maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun).


Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut
piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama dua tahun
selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan
rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi
tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50
peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16
inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240
km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.


KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import.
Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan
apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih
pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar
depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan
ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya
kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat
berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.
Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...6 CARA JAGE TYAR KERETA...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...KERETA N MOTOR...-
Jump to: