GENG BUDAK SEKOLAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ...SYG KERETA TAK...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 28
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

...SYG KERETA TAK... Empty
PostSubject: ...SYG KERETA TAK...   ...SYG KERETA TAK... EmptyThu Dec 02, 2010 8:24 pm

Musim hujan kebelakangan ini pasti meresahkan pemandu kerana selain kesesakan lalu lintas, pemandu bimbang terperangkap dalam banjir kilat.

Justeru, anda perlu berhati-hati jika meredah air yang dalam kerana tindakan itu boleh mengundang musibah di kemudian hari.

Merentasi banjir boleh membahayakan sebahagian tali kipas dan menyebabkan enjin kenderaan rosak.

Kesan kerosakan boleh dirasai dalam masa satu hari apabila enjin kereta sukar dihidupkan pagi keesokan paginya dan apabila hidup, ia berjalan tidak lancar menyebabkan kenderaan terpaksa dibawa ke bengkel.

Walaupun menukar beberapa komponen seperti palam pencucuh dan membuat pelarasan atau mencuci enjin, masalah sama tetap berlaku.

Malah, selepas beberapa minggu, kereta masih lagi meragam dan beberapa komponen lain pula didapati rosak.

Air hujan mengandungi asid dan kotoran halus termasuk lumpur yang jika memasuki bahagian enjin boleh menyebabkan karat serta meningkatkan pergeseran apabila bercampur dengan minyak pelincir dan minyak gear.

Antara beberapa langkah boleh dilakukan sekiranya enjin kenderaan anda dimasuki air akibat banjir atau meredah air sebelum dikesan mengalami kerosakan lebih besar.

Jika enjin kenderaan terendam di air walaupun cuma beberapa saat, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah mengeluarkan semua minyak pelincir seberapa segera dan menggantikannya dengan yang baru.

Usah berani mengambil risiko 'menggunakan khidmat' minyak pelincir yang sedia ada dalam enjin kerana ia boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga akhirnya satu persatu komponen lain turut rosak.

Penukaran minyak gear tidak sepenting minyak pelincir tetapi anda dinasihatkan menukarnya kerana minyak gear yang kotor akan menyebabkan pergeseran pada gigi gear.

Perlu diingat, kerosakan tidak berlaku dalam tempoh yang singkat, tetapi menjangkau beberapa tahun selepas itu sehinggalah anda mula menyedari enjin kenderaan anda 'makan duit'.

Penapis minyak pelincir mesti ditukar kerana minyak pelincir yang bercampur air lumpur mungkin tersedut dalam penapis berkenaan dan akan bercampur pula dengan minyak pelincir yang baru.

Selepas itu, dua perkara penting yang perlu dilakukan ialah membasuh kenderaan secara semburan dengan air deras ke semua bahagian yang dirasakan perlu terutama bahagian enjin.

Ketika melakukan kerja semburan air ini, elak menghala hos ke arah lubang penapis udara dan penutup minyak pelincir bagi menghindari air memasuki karburator atau tangki minyak pelincir.

Jangan lupa halakan air deras pada bahagian brek pada roda kereta agar segala keladak yang sukar kelihatan dengan mata kasar tertanggal sepenuhnya.

Usah berani mengambil risiko terus menggunakan minyak pelincir sedia ada dalam tempoh masa lama kerana pelincir yang bercampur air boleh merosakkan kelicinan dinding kebuk sehingga satu persatu komponen lain turut rosak.

Biasanya kerosakan tidak berlaku dalam masa yang singkat dan pemilik kenderaan yang berjaya mengharungi banjir perlu melakukan servis di bengkel...
sayang KereTa tak...he,he..
Back to top Go down
https://budaksekolah.forumms.net
 
...SYG KERETA TAK...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ...6 CARA JAGE TYAR KERETA...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...KERETA N MOTOR...-
Jump to: