GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...8 ALASAN TOLAK CNTE BESFWENZ...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...8 ALASAN TOLAK CNTE BESFWENZ...   Thu Dec 02, 2010 8:50 pm

Dari kecil kamu berkawan dengan nya. malah keakraban seperti
seorang yang bersaudara. Namun kini tiba-tiba dia meluahkan perasaan
cintanya terhadapmu. Kamu pasti berasa serba salah untuk memberikan
jawapan. Mahu terus mengatakan tidak sudi, bimbang menyakiti hatinya
namun untuk menerimanya tidak pernah ada rasa cinta dihatimu
terhadapnya. Berikut 8 alasan yang boleh kamu gunakan untuk menolak
cinta sahabatmu itu.
1. Tidak sesuai bercinta
Didalam apa sahaja perkara, beterus terang adalah satu
cara penyelesaian terbaik. jadi untuk mengelakkan perkara ini terjadi,
kamu perlu berterus terang kepadanya bahawa kamu tidak sesuai untuk
bercinta dengannya. kamu hanya menganggap dia adalah sahabat karib kamu
dunia dan akhirat. Untuk menolak kena ada caranya, jangan sehingga dia
rasa terhina kamu menolak cintanya. sampai dengan cara baik serta ayat
yang tersusun rapi agar dia faham maksud kamu sebenarnnya.
2. Tidak mampu menghormatinya sebagai kekasih
Kamu juga boleh terangkan padanya sebab utama kamu tidak mungkin dapat
bersamanya. Antara alasan yang boleh kamu gunakan ialah menyatakan
kepada sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mengikut kehendak,
arahan dan permintaannya. Malah menghormatinya sebagai kekasih juga
pastinya sukar buat diri kamu. Ini kerana persahabatan yang telah lama
terjalin membuatkan antara kamu dan dia tidak jurang ketika berbual
serta bergurau. jadi daripada bergaduh di kemudian hari, lebih baik
kamu dan dia kekal sebagai sahabat. kampu perlu yakinkannya kamu
sememangnya tidak sesuai untuknya.
3. Tidak mampu berubah
Mungkin dia telah begitu mengenali kamu dan amat memahami sikap-sikap
kamu. jadi kamu tudak perlu lagi berpura-pura berlakon untuk menjaga
hatinya. Tunjukkan sahaja sikap sebenar kamu. Katakan padanya kamu
tidak mungkin boleh berubah walaupun setelah bergelar kekasihnya,
sanggupkah dia menerima kamu seperti diri kamu sekarang? kalau dia
sanggup bagaimana pula dengan keluarganya. pastinya dia akan terfikir
kamu tidak sesuai untuk dijadikan kekasih. dia pastinya akan memilih
seorang yang bersopan santun dan tahu menghormatinya sebagai kekasih.
4. Buat tidak peduli.
Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerena ketika
bersahabat pun kamu tidak peduli dengan kehadirannya dalam hidup kamu.
teruskan sikap tidak pedulu kamu tersebut. Berkawan seperti biasa
anggap saha dia tidak pernah meluahkan apa-apa perasaan pada kamu.
Andainya dia cuba untuk mendapatkan jawapan dari kamu sebaiknya kamu
cuma mengelakkan daripada membincangkannya. cubalah ubah topik
perbualan. lama-kelamaan secara tidak langsung pasti dia akn memahami
jawapan yang ingin kamu sampaikan padanya
5. Menyepikan diri seketika
Cuba mengelakkan diri kamu daripa bertembung dengannya di tempat kerja,
di sekolah atau tempat kamu dan rakan kamu berkumpul. pastinya dia akan
perasan bahawa kamu tidak berminat untuk berkawan dengannya lagi. Jika
dia tetap mendesak kamu dan sanggup mengekori ke mana-mana sahaja kamu
pergi, terangkan saha padanya kamu perlu bersendirian untuk seketika.
lama kelamaan si dia akan bisa menanti jawapan dari mu
6. Pentingkan persahabatan
Jelaskan padanya kamu lebih sayangkan ikatan persahabatan kamu daripada
menjadi kekasihnya kerana hubungan kekasih pastinya memerlukan komitmen
dan kesetiaan. Sedangkan sebagai sahabat, kamu boleh berkongsi apa
sahaja dan tidak perlu ada komitmen yang tinggi dalam hubungan. Jika
dia seorang yang rasional, pastinya dia akan memahami maksud yang mahu
kamu sampaikan.
7. Beritahu kamu sudah ada calon lain
Nyatakan kepadanya bahawa kamu sudah mempunyaiu calon
dan bakal kekasih yang sesuai dengan dirimu. tetapi kamu haris berani
menanggung risiko bakal kehilangan sahabat jika dia tidak dapat
menerima perjelasan kamu. jika dia sahabat baik kamu, pasti dia akan
turut sama mendoakan kebahagiaan kamu. Bukan berdendam semata-mata kamu
menolak cintanya.
8. Tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya
Sesekali bertegas dengan sahabat baik kamu pasti akan membawa kebaikan.
berani menegakkan perndirian adalah satu sifat yang terpuji.
sekurang-kurangnya kemu tidak menipu dia atau diri kamu sendiri. ikut
kata hati dan jangan termakan pujuk rayu si dia. katakan padanya kamu
tidak akan sama sekali menganggapnya lebih dari seorang sahabat kerana
kamu tidak mahu kehilangan sahabat sebaiknya.

Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...8 ALASAN TOLAK CNTE BESFWENZ...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ..ABOUT LOVE...-
Jump to: