GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB...   Fri Dec 03, 2010 10:32 am

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) kini mengkaji kaedah terbaik menjadikan sukan sebagai kerjaya yang mampu menyara hidup dengan menikmati gaji dan pencen secara tetap setiap bulan.

Menterinya, Datuk Ismail Sabri Yaakob, berkata ketika ini tidak ramai yang berminat menceburi bidang sukan secara serius kerana hanya segelintir atlit acara tertentu yang dibayar gaji.

Ini kerana kita lihat ada sesetengah mereka yang dibayar gaji untuk menjadi atlit, kita nampak ada peningkatan. Maka jika kita nak berjaya di bidang sukan, kita tak boleh meletaknya sebagai sampingan sebaliknya menjadikan ia satu kerjaya.

Kalau tak mampu buat begitu, akhirnya tidak akan ada sesiapapun yang akan menjadikan bidang sukan sebagai kerjaya, mungkin sekadar mengisi masa lapang saja, katanya pada sidang media selepas menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Payung Terjun di KBS, semalam.

Hadir sama Timbalan Presiden (Unit Payung Terjun) Persatuan Sukan Udara Malaysia, Datuk Abdul Rahim Dahalan.


Seramai 14 ahli payung terjun, diketuai Deputi Superintendan Abdul Razak Mohd Yusof, akan menyertai Kejohanan Payung Terjun Antarabangsa Jeddah Keenam di Arab Saudi dari 10 hingga 17 Mei ini.

Ismail Sabri berkata, atlit juga tidak minat menjadikan sukan sebagai kerjaya kerana bimbang khidmat mereka tidak diperlukan apabila prestasi menurun atau usia meningkat.

Sesetengah orang, sampai satu masa, tahap fizikal menurun dan tidak mampu lagi bersukan dan ketika itu tidak dapat menampung hidup melalui sukan.

Akhirnya, mereka akan hilang kepercayaan dan keyakinan bahawa sukan boleh menjamin masa depan mereka. Kalau sukan itu menjamin masa depan seperti ada pencen selepas berhenti, tentu mereka yakin boleh menyara hidup dengan sukan.

Itulah perkara yang akan kita lihat, kaji bagaimana mahu meninggikan taraf dan mencapai kegemilangan sukan. Kalau melihat kerjaya sukan, jangan lihat pada jurulatih semata-mata, tetapi ia menyeluruh termasuk sukan sebagai kerja, katanya....

Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...DATUK ISMAIL SABRI YAAKOB...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...SUKAN...-
Jump to: