GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...ROH WANITA MATI DIROGOL...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...ROH WANITA MATI DIROGOL...   Fri Dec 03, 2010 11:01 am

Panas betul cuaca petang ini. Sepanas cerita-cerita muka depan mengenai kes-kes dera dan rogol di dalam beberapa surat khabar tempatan. Sudahlah didera, dirogol. Dibunuhnya pulak perempuan tu. Apa tidak terfikirkah mereka sekiranya perkara yang sama berlaku pada ahli keluarga mereka? gumam Saiful di dalam hati.

Saiful menghempaskan surat khabar yang dibacanya tadi. Dia duduk di sofa sambil menunggu isterinya menyiapkan barang-barang yang hendak dibawa pulang ke kampung. Ayah dan ibunya memanggil dia dan isterinya, Zila balik untuk menghadiri kenduri doa selamat.

Memang sudah menjadi kebiasaan Saiful, apabila pulang ke kampung tidak mengikut lebuh raya. Walaupun jalannya jauh dan kadangkala berlopak-lopak, namun Saiful lebih senang memandu melalui jalan lama. Baginya, jalan-jalan lama seperti ini memberikannya suasana kampung yang dirindunya. Kampungnya kini, bukan seperti dahulu. Sudah banyak berubah dan semakin membangun. Sebab itulah Saiful gemar mengikut jalan lama. Masa yang diambil untuk pulang ke kampung lebih kurang enam jam.


Sudah hampir empat jam perjalanan yang dilaluinya. Mengikut perkiraan Saiful, dalam tiga jam lagi, mungkin mereka akan selamat sampai ke destinasi yang dituju. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa selama enam jam menjadi lebih kurang tujuh jam dengan kerenah anak kecilnya, Mimi. Saiful menoleh ke sebelah kirinya dan mendapati isterinya sedang nyenyak tidur memang ku Mimi. Di tepi jalan, Saiful melihat seorang wanita muda mendukung anaknya menahan kereta yang dipandunya.

Perasaan Saiful berbelah bahagi. Isy, maghrib-maghrib begini, siapa pula yang tahan kereta aku ni. Orang ke hantu? Serta-merta bulu romanya meremang. Namun terasa belas kasihannya melihat wanita muda tersebut mendukung anaknya. Macam mana kalau bukan, seperti apa yang difikirkannya.

Saiful memberhentikan keretanya. Diturunkan cermin keretanya di sebelah isterinya. Pelik, kenapa Zila tak terjaga? Wanita muda tersebut meminta pertolongannya untuk menumpangkannya ke kampung di depan. Setelah wanita tersebut duduk di belakang, Saiful pun meneruskan perjalanannya.

Min, wanita tersebut memperkenalkan dirinya. Min seorang yang peramah. Pelbagai cerita yang menjadi bualan mereka sepanjang perjalanan, namun apa yang Saiful perasan, Min sering mengulang-ulang cerita mengenai seorang wanita yang mati dibunuh setelah dirogol. Katanya mayat wanita tersebut telah dicampak di dalam kebun getah satu kilometer dari tempat Min menahan keretanya tadi.

Katanya lagi, roh wanita tersebut masih lagi merayau-rayau dan mengganggu pemandu-pemandu yang melalui jalan tersebut. Setelah tiba di tempat yang dituju, Min minta diturunkan di perhentian bas dan mengucapkan terima kasih padanya. Perjalanan diteruskan. Namun, Saiful berasa seperti ada sesuatu yang tidak kena.

Bukannya aku berbual dengan Min tadi berbisik-bisik. Kenapa Zila ataupun Mimi tak terjaga langsung. Takkan tidur mati kot, bisik hati Saiful. Ah, pedulikanlah. Asalkan selamat sampai sudahlah, katanya lagi untuk menyedapkan hati sendiri.

Tiba di kampung, barulah Zila dan Mimi terjaga. Saiful disambut oleh kedua ibu bapanya dan adik beradiknya yang lain. Saiful menceritakan apa yang dialaminya kepada mereka.

Namun, apa yang mengejutkan Saiful adalah apabila salah seorang daripada sepupunya memberitahu memang ramai pemandu yang melalui jalan tersebut diganggu wanita tersebut. Menurut mereka, memang pernah berlaku kejadian wanita tersebut dibunuh, tetapi setelah dijalankan siasatan, pihak polis tidak pernah menjumpai mayatnya di situ.

Saiful merasakan sesuatu yang aneh tentang kejadian tersebut. Bagi Saiful, perkara ini terjadi bukan sekadar kebetulan. Mungkin ada rahsia di sebaliknya. Saiful nekad mengunjungi semula kawasan yang ditunjukkan Min.

Setelah selesai sahaja kenduri, Saiful bersama beberapa orang sepupunya pergi ke kawasan yang dimaksudkan Min. Apa yang dijumpainya di sana begitu mengejutkan. Mereka terjumpa dengan tulang-tulang manusia yang seakan-akan telah dikerat, sebelum ditanam di kawasan tersebut.

Barulah Saiful faham mengapa sepanjang perjalanan, wanita tersebut menceritakan kejadian itu padanya. Mungkin mahu meminta pertolongan, agar mayat mereka dapat dikebumikan dengan sempurna. Tanpa bertangguh Saiful segera melaporkan kejadian kepada pihak polis, dalam hatinya berdoa semoga jenazah mereka tenang disemadikan."

Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...ROH WANITA MATI DIROGOL...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...MISTERI GHOST...-
Jump to: