GENG BUDAK SEKOLAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ...MLIK SAPE GDIS TU...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 28
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

...MLIK SAPE GDIS TU... Empty
PostSubject: ...MLIK SAPE GDIS TU...   ...MLIK SAPE GDIS TU... EmptyFri Dec 03, 2010 10:46 pm

Ada 4 orang pengembara tukang ukir, tukang jahit, tukang doa dan tukang masak.Mereka telah masuk kedalam hutan yang tebal.Semasa sampai di suatu tempat mereka pun bermalam lah disitu.Semasa hendak tidur mereka telah membuat perjajian.

Salah seorang dari mereka hendaklah berkawal semasa 3 orang yang lain sedang tidur. Takut kalau ada binatang buas Setelah berbincang maka tukang ukir kena berkawal dahulu dan yang tiga lagi boleh tidur.Semasa berkawal dia duduk diatas sebatang kayu balak.

Kerana nak hilangkan boring dia pun mengukir pada kayu balak itu dan terciptalah sepatung perempuan yang sangat cantik. Kerana terlalu penat dia pun menyuruh tukang jahit untuk berkawal dan dia pula yang tidur.

Apabila tukang jahit berkawal dia telah terlihat patung perempuan yang cantik itu, maka dia pun terfikir untuk menjahitkan baju untuk patung itu. Maka dia pun menjahit la tanpa henti sehingga siap la sepasang baju yang sangat cantik dan dipakaikan pada patung itu. Maka bertambah cantiklah patung itu. Kerana terlalu penat manjahit dia pun menyuruh tukang doa untuk berkawal dan dia pula tidur.

Apabila tukang doa berkawal dia telah terlihat patung perempuan yang cantik dan berpakaian yang cantik, maka dia pun terfikir untuk berdoa kepada tuhan agar patung itu boleh bernyawa. Maka dia pun berdoa, berdoa dan berdoa. Doanya dimakbulkan tuhan dan patung itu pun bernyawa. Kerana terlalu penat berdoa dia pun menyuruh tukang masak untuk berkawal dan dia pula tidur.

Apabila tukang masak berkawal dia telah terlihat seorang perempuan yang cantik lengkap berpakaian, tetapi keadaannya sangat lemah kerana tak makan. Maka dia pun terfikir untuk memasakkan perempaun itu makan yang sedap sedap. Maka dia pun memasaklah. Masakannya dimakan oleh perempaun itu. Dan perempaun cantik itu pun bertambahlah tenaganya.

Tukang kayu berkata perempaun cantik itu miliknya. Kerana dia yang mengukirnya.

Tukang jahit pun berkata perempaun cantik itu miliknya. Kerana dia yang menjahitkan baju untuknya dan bertambah cantik.

Tukang doa pun berkata perempaun cantik itu miliknya. Kerana dia berdoa kepada tuhan dan perempaun itu mendapat nyawa.

Tukang masak pun berkata perempaun cantik itu miliknya. Kerana dia memberi perempuan itu tenaga dan jikalau tidak dia sudah mati.

Soalannya : Siapakah pemiliknya?

Sila jawab...
Back to top Go down
https://budaksekolah.forumms.net
 
...MLIK SAPE GDIS TU...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...TEKA TEKI...-
Jump to: