Menangkap ikan guna rokan,
Ketika menangkap jangan lah baran,
marilah sahabat marilah rakan,
meriahkan ruangan pantun lebaran
Ikan kaloi ikan kelisa
Pucuk betik buah papaya
Sudah seminggu kita berpuasa
Semakin terasa bahangnya raya
Meluah cinta bersaksi bulan
Janji setia pada kekasih
Srikandi merancang segala persiapan
Srikanda patuh menjunjung kasih
smalam isnin hari ni selasa,
bawa kereta di jalan raya,
letih badan sbb berpuasa,
hati lak cecodak tak sabar nak raya.