GENG BUDAK SEKOLAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ...SUMPAHAN AISYAH...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 28
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

...SUMPAHAN AISYAH... Empty
PostSubject: ...SUMPAHAN AISYAH...   ...SUMPAHAN AISYAH... EmptyFri Dec 03, 2010 10:53 am

Sumpahan Aisyah
at 11:36 PM

Aishah (bukan nama sebenar) adalah seorang gadis kampung yang pemalu.
Dia berhijrah ke ibukota sekitar tahun 1984. Aishah mengalami sejenis
penyakit di mana matanya sangat sensitif terhadap cahaya yang terang.
Sebab itulah Aishah sentiasa memakai kaca mata hitam. Dan Aishah paling
pantang jikalau ada sesiapa yang mengambil gambarnya. Kerana dia
sensitif terhadap 'flash' yang dikeluarkan oleh kamera. Cahaya yang
terang akan menyebabkan Aishah mengalami migrain yang teruk.

Pernah sekali kilang tempat Aishah bekerja mengadakan jamuan tahunan.
Jurugambar yang ditugaskan mengambil gambar tiba-tiba ter-snap gambar
Aishah. Lantas Aishah terus mengalami sakit kepala yang teramat sangat
sehingga berbuih mulutnya menahan kesakitan. Dia meronta-ronta di atas
lantai sehinggalah pihak ambulan sampai. Selama 3 hari Aishah
ditempatkan di hospital di dalam bilik yang istimewa di mana lampu
dipadamkan dan hanya dibuka bila perlu. Jurugambar tersebut juga datang
melawat Aishah dan meminta maaf kepadanya.

Sejak hari itu Aishah telah berhenti kerja. Doktor membekalkannya
beberapa jenis ubat-ubatan dan disuruh agar berehat untuk satu
jangkamasa yang lama. Dia hanya duduk di rumah sahaja dan hanya keluar
pada waktu malam di mana cahaya tidak begitu terang untuk membeli
makanan. Teman serumah yang simpati dengan keadaan Aishah
mengizinkannya tinggal sementara di rumah tersebut tanpa perlu membayar
sewa sehingga dia benar-benar sihat untuk pulang ke kampung.

Setelah sebulan, kini Aishah sudah sihat sepenuhnya. maka tibalah masa
untuk Aishah pulang ke kampung. Pada malam itu Aishah keluar dari rumah
untuk menuju ke stesen bas. Dalam perjalanan dia telah diculik oleh 4
lelaki yang menaiki sebuah kereta. Dia dibawa ke sebuah rumah kosong
dan diikat kaki dan tangannya ke sebuah tiang. Aishah menangis meminta
simpati. Pakaiannya ditanggalkan satu persatu dan dirogol secara
bergilir-gilir. Salah seorang dari perogol tersebut mengeluarkan kamera
untuk mengambil gambar perbuatan terkutuk itu. Aishah merayu supaya
gambarnya tidak diambil. Dia cuba menerangkan mengenai keadaan
penyakitnya yang sensitif terhadap cahaya. Namun penjahat tersebut
tidak menghiraukan rayuan Aishah. Kali pertama gambar diambil, lampu
flash yang menyilaukan itu menyebabkan penyakit Aishah datang kembali.
Kepalanya sangat sakit. Dia menjerit-jerit kesakitan dan pada masa yang
sama masih dirogol oleh 4 lelaki durjana tersebut.

Gambar diambil dengan bertubi-tubi. Setiap kali lampu flash tersebut
terkena matanya, kepalanya merasa bagaikan dihiris-hiris. Itu belum
dikira dengan kesakitan diperkosa dan penderitaan psikologi yang
dialaminya ketika itu. Darah mula mengalir melalui hidung, telinga dan
matanya. Setelah menderita diperkosa selama 4 jam, Aishah dibawa ke
atas sebuah jambatan. Dan dia dicampak hidup-hidup dalam keadaan sakit
kepala yang kronik dan badan yang lemah tidak bermaya.

Sebelum dicampak Aishah sempat berkata, "Sesiapa yang melihat gambarku
yang diambil tanpa rela, aku akan seksa mereka di dalam mimpi dengan
kesakitan yang sama yang aku alami. Aku sumpah. Dalam matiku sekalipun,
celakalah mereka yang melihat gambarku!"

Keesokkan paginya 4 lelaki durjana itu pergi ke kedai foto untuk
mencuci gambar yang mereka ambil. Sejumlah wang telah diberikan kepada
tokei kedai gambar untuk merahsiakan perihal gambar yang dicuci. Mereka
ketawa terbahak-bahak melihat gambar Aishah yang tidak berdaya dalam
keadaan bogel yang sungguh memalukan itu.

Tiba-tiba kereta yang mereka naiki mengalami kemalangan dan terlanggar
dahan pokok yang terjatuh ke atas jalanraya. Dahan pokok tersebut
tembus melalui enjin kereta dan terus menusuk kepala pemandu. Dia mati
di tempat kejadian.

Lelaki durjana yang kedua mati petang itu di hospital akibat pendarahan kepala yang teruk..

Lelaki ke-tiga selamat dari kemalangan dan dibenarkan pulang. Tetapi
dalam perjalanan pulang dia tersandung dan terjatuh ke dalam longkang
yang dalam. kakinya patah dan tidak mampu untuk memanjat kembali ke
atas. Akhirnya mati lemas kerana ketika itu hujan turun
selebat-lebatnya dan air naik dengan cepat.

Lelaki ke-empat pulang ke rumah. Pada malam itu dia bermimpi Aishah
datang menemuinya dan memukul kepalanya dengan sebatang kayu. Pabila
terjaga dia merasakan sakit kepala yang sangat teruk. Sakit kepala yang
terlalu kronik sehingga dia hilang pertimbangan dan mengores-goreskan
garfu ke kepalanya hingga berdarah. Dia kini menyesal dan merasakan dia
sudah terkena sumpahan Aishah. Lantas dia menyerah diri ke balai polis
berdekatan dan menceritakan semua perkara terkutuk yang dilakukannya
terhadap Aishah yang malang itu. Semua gambar-gambar Aishah yang
diambil ketika dirogol diserahkan kepada pihak polis. Pihak polis
menahan lelaki ini di dalam lokap dan terus menjalankan operasi mencari
Aishah.

Lelaki tersebut akhirnya mati di dalam lokap kerana menghantukkan
kepalanya sendiri ke dinding ekoran dari sakit kepala yang tidak
tertahan lagi.

Selepas 2 hari, mayat Aishah ditemui terapung di sungai. Dia dibawa ke hospital untuk bedah siasat dan dikenalpasti identitinya.

Doktor yang menjalankan bedah siasat mengambil sekeping gambar mayat
Aishah untuk direkodkan. Apabila flash kamera tersebut memancar,
jantung Aishah kembali berdegut buat seketika. Dan kedengaran mayat
tersebut menghembuskan nafas. Perkara ini sangat memeningkan doktor itu.

Selepas gambar mayat dicuci, doktor tersebut ditemui mati kerana overdose makan ubat penahan sakit.


Diceritakan gambar yang disimpan oleh pihak polis kini dimusnahkan
kerana sesiapa yang melihat gambar itu dilaporkan mengalami mimpi ngeri
dan sakit kepala yang sangat teruk. Hari ini, gambar post-mortem mayat
Aishah sudah ditemui kembali. Kes ini dirahsiakan daripada pengetahuan
umum kerana sumpahan ini masih belum dapat diatasi. Dan sesiapa yang
melihat gambar ini, malam nanti Aishah akan datang di dalam mimpi, dan
apabila terjaga akan mengalami sakit kepala yang kronik. Mengikut
pengalaman, imej tersebut akan menghantui pemandangan anda sehingga di
mana-mana sahaja anda lihat, gambar mayat Aishah akan menjelma dalam
pandangan anda.

https://2img.net/h/i518.photobucket.com/albums/u...u/untitled.jpg

Tak percaya? Cuba pejamkan mata dan dongak ke atas. Apa yang anda lihat?

Untuk mengelakkan dari terkena sumpahan Aishah, jangan lihat terus ke
matanya. Jangan hantar gambar ini kepada sesiapapun jika anda masih
sayangkan mereka.

Back to top Go down
https://budaksekolah.forumms.net
 
...SUMPAHAN AISYAH...
Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...MISTERI GHOST...-
Jump to: