GENG BUDAK SEKOLAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ...KENALI LELAKI...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 28
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

...KENALI LELAKI... Empty
PostSubject: ...KENALI LELAKI...   ...KENALI LELAKI... EmptyFri Dec 03, 2010 4:59 pm

1.
Jika lelaki menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam
keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi
oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda
yang menjadi menyebabnya.

2.
Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan, berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan. Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

3.
Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

4.
Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan
imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu.
Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan
'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-
kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

5.
Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran,
berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah
risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam
keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa
berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang
suka dan berasa tenang bersama keluarga?

7.
Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

8.
Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan,
sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu
melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang
suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah
kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air
mata.

9.
Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan
anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa
teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu
menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui
kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

10.
Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,
akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta
maaf.
Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang
berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian,
wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa
jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun
tidak bersalah.

11. Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas. Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

12.
Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter
bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang
menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab
kucing pun pening dengan leteran anda.

13.
Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya seorang wanita dengan seorang lelaki.
Tidakkah anda setuju jika dikatakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

14.
Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan
perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila
disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna
menyempurnakan - lengkap melengkapi. Semua kekurangan isteri akan
dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh
isteri


Back to top Go down
https://budaksekolah.forumms.net
 
...KENALI LELAKI...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ...LELAKI SEJATI...
» ...RINTIHAN SEORANG LELAKI...
» ...10 CIRI LELAKI KASANOVA...
» ...RAHSIE LELAKI MELAUI ZODIAK...
» ...WAHAI LELAKI LIHT LA WANITA BERJLN...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...BOYZ N GURLZ...-
Jump to: