GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  CalendarCalendar  FAQFAQ  SearchSearch  MemberlistMemberlist  UsergroupsUsergroups  RegisterRegister  Log inLog in  

Share | 
 

 ...JGN MLAWAN BOS ANDA...

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 21
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

PostSubject: ...JGN MLAWAN BOS ANDA...   Fri Dec 03, 2010 6:21 pm

Di suatu kawasan
pedalaman di Texas , seorang penternak yang mempunyai ladang ternak
yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang
balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.


Janet
membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil
alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran
yang cukup untuk mengendalikan ladangnya.
Jadi
dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk
mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan
menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya
sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.


Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki
mabuk.
Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain
dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari
mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet
memilih
si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa
dia berasa lebih selamat tinggal bersama seorang gay daripada tinggal
dengan seorang
pemabuk.


Minggu
demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun
dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk
membuat kerja-kerja di ladang ternakan.
Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.


Gembiralah si Janet ni tadi... kerana
ingin
menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John,
kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat
semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke
pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja..." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.


Sampailah
ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang,
pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah.


Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Janet.


John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku."


John buat, perlahan sekali.


"Buka, setokin ku.."


Dia buat juga.


"Sekarang, buka skirt ku."


Dia buat juga.


"Sekarang buka baju dalamku ."


Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.


"Sekarang... .buka seluar dalamku..."


Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.


Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...


"Sekali lagi kau pergi pekan dengan
memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot."

Back to top Go down
View user profile http://budaksekolah.forumms.net
 
...JGN MLAWAN BOS ANDA...
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» 2T & 4T Pilihan Anda V4
» 2T & 4T Pilihan Anda V5

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...CERITA LAWAK...-
Jump to: