Nasi putih
Ayam masak kicap (selalu nya 1/4 setiap hidang)
Sambal goreng (sayur campur orang jawa)
Serunding kelapa
Mee Hoon goreng
Ikan kering bulu ayam digoreng (ikan yang kecil2 bila digoreng rangup)
Ulam timun
Rempeyek kacang tanah atau apa2 keropok
Tempe goreng - Optional
Cara Hidang
1. Nasi putih diisi ke dalam dulang besar.
2.Letak ayam ditengah2 kemudian bahan2 lain dikelilingnya. Kadang2 tuan rumah sudah memberi sukatan iaitu kalau hidangan untuk 4 orang, bahan tersebut diletak secara berselang-seli samada 2 bahagian atau 4 bahagian. Kalau diletak satu bahagian setiap satu pun tidak mengapa.
3. Selalunya ade seorang menjadi wakil setiap hidang untuk membahagikan hidangan tersebut sama rata.
4. Kalau diikut cara yang betul, hidangan tidak dimakan dirumah kenduri hanya dijamah sesuap dua. Ianya akan dibawa balik untuk dimakan bersama keluarga.
5. Kertas atau plastik pembungkus disediakan oleh tuan rumah.
6. Akhir sekali setelah masak, jangan lupa menghantarkannya buat saya