GENG BUDAK SEKOLAH
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

GENG BUDAK SEKOLAH

SELAMAT DATANG KE GENG BUDAK SEKOLAH
 
HomeHome  Latest imagesLatest images  SearchSearch  RegisterRegister  Log inLog in  

 

 ...BANDUAN DILAWATI WANITA MISTERI...

Go down 
AuthorMessage
Admin
Admin
Admin


Posts : 192
Join date : 02/12/2010
Age : 28
Location : ...TAMPOI,JAY BEE...

...BANDUAN DILAWATI WANITA MISTERI... Empty
PostSubject: ...BANDUAN DILAWATI WANITA MISTERI...   ...BANDUAN DILAWATI WANITA MISTERI... EmptyFri Dec 03, 2010 10:43 am

KUANTAN - Ini satu berita gempar yang pasti menakjubkan telah kami terima. Satu kejadian aneh telah berlaku di Penjara Penor Kuantan pada 17 Mac 2009 yang lalu. Ia berikutan kes seorang banduan yang dilawati oleh pelawat misteri.

Kes ini berlaku ketika para para banduan penjara berkenaan dibenarkan untuk menerima lawatan daripada keluarga dan saudara mara masing-masing. Namun, satu kejadian aneh telah berlaku melibatkan seorang banduan.

Menurut laporan terdapat seorang wanita yang dipercayai mendaftar untuk masuk bertemu dengan banduan terbabit. Wanita itu telah mendaftar di pintu masuk (pengawal) Penjara Penor dan kemudiannya sekali lagi mendaftarkan namanya untuk sessi bertemu banduan terbabit.

Kami tidak dapat memastikan apakah hubungan antara wanita itu dengan banduan terbabit. Dipercayai semasa mendaftar dikaunter berkenaan, beliau telah meninggalkan kad pengenalannya. Setelah beberapa ketika nombor banduan terbabit dipanggil untuk sessi bertemu dengan pelawat.

Setelah lebih sekian lama menunggu, banduan itu agak hairan kerana tiada sesiapa yang datang berjumpa beliau. Hingga akhirnya menyebabkan pihak warden penjara menyiasat perkara itu. Setelah beberapa jam menunggu memang wanita yang dipercayai ingin melawat banduan itu tidak juga muncul-muncul.

Hinggalah warden penjara memeriksa rekod pendaftaran pelawat dan menyemak kad pengenalan wanita itu. Anehnya kad pengenalan wanita itu tiada dalam simpanan, sedangkan semasa pendaftaran kad pengenalan itu diberikan kepada warden terbabit. Persitiwa ini mengejutkan pihak warden Penjara Penor dan juga banduan berkenaan. Difahamkan pegawai berkenaan yang mengambil pendaftaran wanita itu panik dan terkejut dengan perkara itu.

Ramai yang tertanya-tanya, siapakah wanita misteri itu? Kenapakan beliau datang ke Penjara Penor untuk melawat banduan berkenaan?. Apakah hubungannya dengan banduan terbabit?.

Ke manakah pula beliau menghilang sedangkan kad pengenalannya ada semasa pendaftaran itu juga turut hilang?.

Banyak kemusykilan yang membelenggu Penjara Penor atas kejadian berkenaan.

PahangDaily

Back to top Go down
https://budaksekolah.forumms.net
 
...BANDUAN DILAWATI WANITA MISTERI...
Back to top 
Page 1 of 1
 Similar topics
-
» ...MISTERI NO FON ANDA...
» ...MISTERI LORONG SUNYI...
» ...MISTERI BAS KILANG BERHANTU...
» ...ROH WANITA MATI DIROGOL...
» ...8G PD LAKI YG TDK DISUKAI OLH WANITA...

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
GENG BUDAK SEKOLAH :: ...MISTERI GHOST...-
Jump to: